Showing posts with label cili. Show all posts
Showing posts with label cili. Show all posts

Cili Merah kulai di pukul ribut

           Sungguh tidak di sangka, semua adalah atas kehendak yang Maha Esa
Sabtu petang pada bulan May 2018.. Habis kesemua pokokcili merah kulai di landa ribut yang amat dahsyat.

           Kawasan perkampungan saya di landa banjir kilat yangamat dahsyat bagi saya, Dahan dahan pokok besar di pinggir jalan ada yang patah dan ada yang menghalang jalan masukke sesuatu kawasan
     Menggunakan ikat dahan yang baru tumbuh , tali rapia di gunakan bagi proses ikatan
Manual cara ikatan satu persatu
Nampak agak serabut dan semak pemandangan padasetiap polibag cilimerah tetapi untukmenyelamatkankeadaan pokok dan buahnya saya lakukan teknik ikatan dahan hujung bagi melindungi dahan pokok cili merah dari patah di tiup angin yang kuat




Keadaan cili yang terkulai saya pasangkan tongkat dan ikat tali pada setiap cabang, agar tidak putus atau patah ketika angin kuat meniup pokok cili merah kulai

Tanaman Pokok Cili Besar

Bukannya mudah  bagi yang tidak mengetahui  cara penjagaan pokok cili berasaskan sistem fertigasi ini, mungkin bagi saya yang masih baru lagi dalam dunia pertanian ini. Sahabat handai yang sama sealiran banyak juga membantu dari segi pandangan dan pendapat dalam proses penanaman pokok cili besar ini

     Alhamdulillah kegagalan adalah satu penundaan bagi sesuatu kejayaan yang bakal kita kecapi kelak itu sudah pasti dan patut saya yakini. Insya Allah...amin

   

Pengalaman pertama
Nawaitu hasilnya di berikan pada adik beradik,jiran terdekat,saudara mara,rakan taulan,sahabat handai dan lebihnya di jual

Ikat tali sokongan pada dahan cili merah


Semakin tinggi pokok cilimerah / cili kulai membesar semakin tinggi risiko yang akan

Ikat tali Pada Dahan Pokok Cili Merah

Ikat tali pada dahan pokok cilimerah

Ikatan menggunakan tali rafia yang lembut ,tidak terlalu keras dan tegang talinya
Tali di ikat pada setiap dahanpokok cili merah/ cili kulai satu persatu


Satu polibag dua orang yang ikat

Pokok Cili Merah patah lagi

Mungkin sudah takdir, tetapi setiap sesuatu tentu adahikmahnya
Pokok cili merah/ cili kulai patah dahannya


Hanya satu polibag sahaja uang patah
Alhamdulillah...
Adahikmah di sebalik kejadian..
Sayaperlu mengatasi masalahini sebelum berlarutan
Pengalaman mengajar saya segalanya
Hidup berdasarkan apa yang terjadi di jadikan ikhtibar buat bekalan dimasa yang akan datang

Cili Besar


Benih cili besar sudah di pindahkan ke polibag.Siapa kata tak perlu di jaga rapi..

Semaian pokok cili besar



            Menyemai benih pokok cili besar , sebelum ini saya hanya semai di tanah biasa , maksud saya di sini tanah gambut saya campurka sedikit dengan tanah bakar dan sedikit tanah merah, Saya gaulkan hingga rata,
Kemudian saya letakkan tanah ke dalam pasu yang bersaiz sederhana. Biji benih yang saya perolehi daripada cili yang sudah masak atau yang merah menyala,menandakan benih cili sudah matang ataupun sudah tua.

Benih cili burung, benih dari buah cili yang sudah tua atau sudah matang saya semai .Penyemaian tidak mengikut S.O.P yang di gariskan. Satu lubang banyak pokok, ini menyukarkan bila proses pengalihan benih ke polibag

            Berbeza pada kali ini saya menggunakan kotak semain yang bersaiz lubangnya agak besar, tujuan lubang besar adalah mudah untuk kita mengasingkan dari kotak semaina ke dalam poli bag, ada yang bersaiz kecil tetapi saya di nasihatkan agar memilih yang besar,

        Media semaian untuk kali ini adalah petmos ,maaf jika tersalah ejaan, Petmos di letakkan ke dalam kotak semain pada separuh bahagian lubang, siram dengan air dengan semburan kembang agar petmos di dalam kotak semain tidak bertaburan keluar, letakkan biji benih sebiji hanya untuk satu lubang di bahagian tengah, sembur sekali lagi, setelah itu taburkan petmos lagi bagi menutupi biji benih cili besar, sembur sekali lagi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil Cili Musim Pertama

Hasil MusimPertama Alhamdulillah

Fertigasi Cili Besar