Showing posts with label tanam cili. Show all posts
Showing posts with label tanam cili. Show all posts

Cuci Sabut Dalam Polibag


Sabut , saya tidak membelinya seperti pada mula-mula saya ingin menanam cili kulai ,
Polibag yang telah sedia ada sabutnya, saya kurangkan separuh dari keadaan asal
Pokok yang sudah tamat tempohnya saya cabut dan

Cili Merah kulai di pukul ribut

           Sungguh tidak di sangka, semua adalah atas kehendak yang Maha Esa
Sabtu petang pada bulan May 2018.. Habis kesemua pokokcili merah kulai di landa ribut yang amat dahsyat.

           Kawasan perkampungan saya di landa banjir kilat yangamat dahsyat bagi saya, Dahan dahan pokok besar di pinggir jalan ada yang patah dan ada yang menghalang jalan masukke sesuatu kawasan
     Menggunakan ikat dahan yang baru tumbuh , tali rapia di gunakan bagi proses ikatan
Manual cara ikatan satu persatu
Nampak agak serabut dan semak pemandangan padasetiap polibag cilimerah tetapi untukmenyelamatkankeadaan pokok dan buahnya saya lakukan teknik ikatan dahan hujung bagi melindungi dahan pokok cili merah dari patah di tiup angin yang kuat




Keadaan cili yang terkulai saya pasangkan tongkat dan ikat tali pada setiap cabang, agar tidak putus atau patah ketika angin kuat meniup pokok cili merah kulai

Patah Setiap Hari


Patah dahan
Hampir setiap hari ada sahaja dahan pokok cili merah / cili kulai yang patah dahan sama ada dari pukulan angin atau dari lompatan kucing
Sabar

Ikat tali sokongan pada dahan cili merah


Semakin tinggi pokok cilimerah / cili kulai membesar semakin tinggi risiko yang akan

Ikat tali Pada Dahan Pokok Cili Merah

Ikat tali pada dahan pokok cilimerah

Ikatan menggunakan tali rafia yang lembut ,tidak terlalu keras dan tegang talinya
Tali di ikat pada setiap dahanpokok cili merah/ cili kulai satu persatu


Satu polibag dua orang yang ikat

Pokok Cili Merah patah lagi

Mungkin sudah takdir, tetapi setiap sesuatu tentu adahikmahnya
Pokok cili merah/ cili kulai patah dahannya


Hanya satu polibag sahaja uang patah
Alhamdulillah...
Adahikmah di sebalik kejadian..
Sayaperlu mengatasi masalahini sebelum berlarutan
Pengalaman mengajar saya segalanya
Hidup berdasarkan apa yang terjadi di jadikan ikhtibar buat bekalan dimasa yang akan datang

Pengalaman Pertama


Pengalaman pertama yang harus di ingati
SETELAH ANAK BENIH DI PINDAHKAN KE POLIBAG
SEMBUR  RACUN TUK DAUN DAN ANTIBODI POKOK CILI BESAR/ CILI MERAH

Barangan Paiping Untuk sistem Fertigasi


Control Box.. untuk sistem elektrik menjana pump air dalam sistem fertigasi, Jika tiada pun tak mengapa bukalnah menjadi salah satu keperluan. kena ukur ikut kemampuan, Wiring hendaklah diberikan kepada mereka yang pakar dalam hal berkaitan.
Jika buat sendiri mungkin ada litar pintas atau ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku


Dalam bab elektik ini saya menekan agar ...UTAMAKAN KESELAMATAN...
DUIT BOLEH DI CARI TETAPI NYAWA TIADA NILAINYA...HANYA ADA SATU SAHAJA
Pelampumg dua biji  telah pun saya beli terlebih dahulu, sebab saya menggunakan dua tangki air, jadi dua buah pemapung yang baik kualitinya saya beli


beli barangan paiping untuk yang asas sahaja. ratusan ringgit di tahun 2018 ini. Belum upah pasang bahan yang kita cari.
Bil pembelian saya sertakan dalam blog ini bagi tujuan rujukkan saya di masa yang akan datang.
Mungkin ada yang boleh mendapatkan barangan seperti dalam gambar itu dengan harga yang lebih murah lagi. Tetapi saya dah cuba sedaya upaya saya mencari dan membuat tinjauan  harga di kawasan sekitar saya.
Inilah tempat yang paling murah saya dapat,



Saya menggunakan batang paip P.V.C untuk paipping di tangki saya, atas nasihat pakar, bagi  saya menggunakan poli hitam lagi jimat dan mengguntungkan anggaran dalam kiraan saya adalah separuh dari harga batang paip P>V>C jimat  betul betul jimat, dinasihatkan bagi pembaca yang ingin membuat sistem fertigasi ini agar menggunakan poli hitam sahaja


Semaian pokok cili besar



            Menyemai benih pokok cili besar , sebelum ini saya hanya semai di tanah biasa , maksud saya di sini tanah gambut saya campurka sedikit dengan tanah bakar dan sedikit tanah merah, Saya gaulkan hingga rata,
Kemudian saya letakkan tanah ke dalam pasu yang bersaiz sederhana. Biji benih yang saya perolehi daripada cili yang sudah masak atau yang merah menyala,menandakan benih cili sudah matang ataupun sudah tua.

Benih cili burung, benih dari buah cili yang sudah tua atau sudah matang saya semai .Penyemaian tidak mengikut S.O.P yang di gariskan. Satu lubang banyak pokok, ini menyukarkan bila proses pengalihan benih ke polibag

            Berbeza pada kali ini saya menggunakan kotak semain yang bersaiz lubangnya agak besar, tujuan lubang besar adalah mudah untuk kita mengasingkan dari kotak semaina ke dalam poli bag, ada yang bersaiz kecil tetapi saya di nasihatkan agar memilih yang besar,

        Media semaian untuk kali ini adalah petmos ,maaf jika tersalah ejaan, Petmos di letakkan ke dalam kotak semain pada separuh bahagian lubang, siram dengan air dengan semburan kembang agar petmos di dalam kotak semain tidak bertaburan keluar, letakkan biji benih sebiji hanya untuk satu lubang di bahagian tengah, sembur sekali lagi, setelah itu taburkan petmos lagi bagi menutupi biji benih cili besar, sembur sekali lagi


Fertigasi Cili Besar

Ramai yang telah kecundang dan ramai juga yang telah berjaya dalam bidang pertanian yang mereka ceburi.
Masing-masing ada rezeki tersendiri berdasarkan apa yang mereka usahakan ,berkat doa usaha dan tawakal pasti ada hasilnya,
Dalam bidang pertanian...semakin luas kawasan yang di usahakan semakin tinggi hasil pulangannya,
Tetapi jangan di lupa besarlah modalnya juga
Ukur baju di badan sendiri. Memulakan sesuatu atas kemampuan yang ada,Itulah saya.

Kawasan  kanan halaman rumah yang di cadangkan bagi projek tanaman cili fertigasi.
Sebelum ini kawasan tersebut hanya di tumbuhi pokok rumput padang dan memerlukan penjagaan yang agak kerap,lewat dua minggu tidak di potong rumputnya separas lutut.
Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja membuat tiang bumbung untuk tangki air bagi sistem fertigasi,
Bumbung yang lama atau atap yang lama sudah reput atau lapuk di makan usia harus di gantikan dengan yang baru

Sedikit sedikit saya membeli barangan untuk tujuan penanaman cili secara fertigasi ini.dua buah tong biru bagi tujuan pembajaan dan dua buah tong hitam bagi tujuan penyiraman air untuk sistem fertigasi.
Tong besar tangki air RM700 dua buah Tong biru RM100.



Bukan mudah untuk senang , berbekalkan pengalaman yang kurang dan tiada kursus yang di ikuti,
Hanya berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pertanian, semangat dan sedikit ilmu yang di perolehi dari alam maya , sahabat handai yang pernah berjaya dan gagal dalam sistem fertigasi ini...membuatkan saya ingin memcuba dengan usaha saya sendiri

Kerja-kerja membersihkan kawasan

Bukannya luas tanah berhektar-hektar. hanya sekangkang kera kata pepatah,tetapi sikit sikit lama-lama menjadi bukit, ada usaha, ada hasilnya walau hanya seciput alhamdulillah....ada hikmahnya

Pokok buluh yang selama ini tumbuh dua rumpun terpaksa di hapuskan bagi proses meratakan kawasan untuk tujuan penanaman cili besar.
Kawasan di sekeliling pokok buluh adalah rumput padang, setia seminggu ianya memerlukan penjagaan dari segi pemotongan dan sapu, Anggaran kos tak mahal untuk menyelenggarakan rumput tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil Cili Musim Pertama

Hasil MusimPertama Alhamdulillah

Fertigasi Cili Besar