Semaian pokok cili besar



            Menyemai benih pokok cili besar , sebelum ini saya hanya semai di tanah biasa , maksud saya di sini tanah gambut saya campurka sedikit dengan tanah bakar dan sedikit tanah merah, Saya gaulkan hingga rata,
Kemudian saya letakkan tanah ke dalam pasu yang bersaiz sederhana. Biji benih yang saya perolehi daripada cili yang sudah masak atau yang merah menyala,menandakan benih cili sudah matang ataupun sudah tua.

Benih cili burung, benih dari buah cili yang sudah tua atau sudah matang saya semai .Penyemaian tidak mengikut S.O.P yang di gariskan. Satu lubang banyak pokok, ini menyukarkan bila proses pengalihan benih ke polibag

            Berbeza pada kali ini saya menggunakan kotak semain yang bersaiz lubangnya agak besar, tujuan lubang besar adalah mudah untuk kita mengasingkan dari kotak semaina ke dalam poli bag, ada yang bersaiz kecil tetapi saya di nasihatkan agar memilih yang besar,

        Media semaian untuk kali ini adalah petmos ,maaf jika tersalah ejaan, Petmos di letakkan ke dalam kotak semain pada separuh bahagian lubang, siram dengan air dengan semburan kembang agar petmos di dalam kotak semain tidak bertaburan keluar, letakkan biji benih sebiji hanya untuk satu lubang di bahagian tengah, sembur sekali lagi, setelah itu taburkan petmos lagi bagi menutupi biji benih cili besar, sembur sekali lagi


Tangki Dan Bumbung

Alhamdulillah ...tangki dan bumbung telah siap di bina syukur


Dua tong tangki air hitam berkapasiti 600 gln saya gunakan bagi tujuan sistem fertigasi yang akan saya jalankan. Moga berjaya amin...

Fertigasi Cili Besar

Ramai yang telah kecundang dan ramai juga yang telah berjaya dalam bidang pertanian yang mereka ceburi.
Masing-masing ada rezeki tersendiri berdasarkan apa yang mereka usahakan ,berkat doa usaha dan tawakal pasti ada hasilnya,
Dalam bidang pertanian...semakin luas kawasan yang di usahakan semakin tinggi hasil pulangannya,
Tetapi jangan di lupa besarlah modalnya juga
Ukur baju di badan sendiri. Memulakan sesuatu atas kemampuan yang ada,Itulah saya.

Kawasan  kanan halaman rumah yang di cadangkan bagi projek tanaman cili fertigasi.
Sebelum ini kawasan tersebut hanya di tumbuhi pokok rumput padang dan memerlukan penjagaan yang agak kerap,lewat dua minggu tidak di potong rumputnya separas lutut.
Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja membuat tiang bumbung untuk tangki air bagi sistem fertigasi,
Bumbung yang lama atau atap yang lama sudah reput atau lapuk di makan usia harus di gantikan dengan yang baru

Sedikit sedikit saya membeli barangan untuk tujuan penanaman cili secara fertigasi ini.dua buah tong biru bagi tujuan pembajaan dan dua buah tong hitam bagi tujuan penyiraman air untuk sistem fertigasi.
Tong besar tangki air RM700 dua buah Tong biru RM100.



Bukan mudah untuk senang , berbekalkan pengalaman yang kurang dan tiada kursus yang di ikuti,
Hanya berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pertanian, semangat dan sedikit ilmu yang di perolehi dari alam maya , sahabat handai yang pernah berjaya dan gagal dalam sistem fertigasi ini...membuatkan saya ingin memcuba dengan usaha saya sendiri

Tapak untuk Tangki Penyiraman Pokok Cili Besar

Tapak untuk tangki penyiraman pokok cili besar, kalau nak diikutkan nak di letakkan sahaja di atas tanah,
Aats nasihat pakar dalam bidang paipping , di nasihatkan suapay tangki hendaklah berada di atas , maksudnya keadaan tangki hendaklah berada lebih tinggi daripada pum yang kita gunakan , ini adalah asas bagi sistem pump. Bukanlah banyak pokok cili besar yang hendak di tanam, tetapi untuk jangka masa panjang seandainya kita hendak menambah bilangan poli bang cili kita, kerja kerja  pada bahagian penyiraman ...maksudnya paipping sudah sempurna

jejaring besi di gunakan sebagai bin atau tulang di dalam tapak untuk tangki air di tempatkan

Kerja-kerja membersihkan kawasan

Bukannya luas tanah berhektar-hektar. hanya sekangkang kera kata pepatah,tetapi sikit sikit lama-lama menjadi bukit, ada usaha, ada hasilnya walau hanya seciput alhamdulillah....ada hikmahnya

Pokok buluh yang selama ini tumbuh dua rumpun terpaksa di hapuskan bagi proses meratakan kawasan untuk tujuan penanaman cili besar.
Kawasan di sekeliling pokok buluh adalah rumput padang, setia seminggu ianya memerlukan penjagaan dari segi pemotongan dan sapu, Anggaran kos tak mahal untuk menyelenggarakan rumput tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil Cili Musim Pertama

Hasil MusimPertama Alhamdulillah

Fertigasi Cili Besar