Ikat tali sokongan pada dahan cili merah


Semakin tinggi pokok cilimerah / cili kulai membesar semakin tinggi risiko yang akan
saya hadapi. Itulah yang saya dapat belajar .
Antaranya adalah patah dahan akibat tiupan angin yang kuat dan gangguan kucing peliharaan sendiri atau jiran

Banyak kaedah yang boleh di gunakan dalam mengatasi masalah ini,,salah satu di antaranya adalah dengan mengikat setiap dahan yang baru tumbuh dengan tali rafia ( tali ada jual di kedai pertanian)

Saya menggunakan tali rafia yang sedia ada, saya belah empat bagi tujuan ringgan pada tali dan mudah untuk saya ikat pada dajhan yang kecil

Hanya sebilangan kecil sahaja yang saya dapat buat ,Selebihnya saya belum sempat tetapi harus di pandang serius akibat kelewatan ini
Masa dan tenaga juga amat perlu pada ketika ini. Pengalaman mengajar saya,

Kalau nak kira dari segi panorama atau pemandangan yang indah,,,Bagaikan kapal layaratau sama dengan piret the carribean... nampak serabut pada setiap polibag cili merah.

Tetapi bila di fikirkan lagi...Saya mengharapkan buahyang baik dan cantik.



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil Cili Musim Pertama

Hasil MusimPertama Alhamdulillah

Fertigasi Cili Besar