Keadaan Kawasan


Plastik sudah pun di bentang bagi tujuan mengelakkan tumbuhnya rumput di kawasan polibag
Kalau nak di ikutkan harus di bentang dengan silvershine
Di tahun 2018 ini harga Silvershine adalah RM70. termasuh dah GST
Saya beli di kedai pertanian di sekitar kawasan saya 
rata-rata sama sahaja harganya



Bumbung baru siap di bina asalnya kayu dah mereput di telan usia
alhamdulillah segalanya dapat berjalan dengan lancar
awning yang baru telah siap di bina bagi meneduhkan tong tangki air hitam berkapasiti hanya 300 gallen


Sabut kelapa 2018


Ada bermacam jenis sabut kelapa  yang boleh di gunakan, saya memilih jenis yang ini. Agak kasar sabutnya

Upgrate Timer


Timer di perbaharui lagi oleh Acik jojo
Alhamdulillah semoga kali ini berjalan lancar


Labu Oh Labuku


Labu ku ......Buah sulung Musin kedua

Hanya ada tiga biji yang menjadi.
Separuh di berikan kepada En.Zul puncak alam sebagai tanda  kenagan dari saya
Labu oh labuku


Dua minggu lepas saya petik buahnya

Pengalaman Pertama


Pengalaman pertama yang harus di ingati
SETELAH ANAK BENIH DI PINDAHKAN KE POLIBAG
SEMBUR  RACUN TUK DAUN DAN ANTIBODI POKOK CILI BESAR/ CILI MERAH

Kedai En.Muza Bkt. Kapar


Kedai Pertanian En. Muza di bukit kapar, barangan baru sampai mungkin sebab saya baru menerima wasup dari beliau sebentar tadi


Banrangan yang di sediakan cukup bagi sesiapa sahaja yang ingin berkehendakkan keperluan pertanian secara komersial dan secara kecil-kecilan







Labu Musin Kedua


Alhamdulillah, Buah labu sudah di petik dan di masak untuk santapan tengahari pada hari ini
Sabtu bersamaan 21-April 2018
Cara tanaman hanya kaedah biasa semai dengan media tanah bakar.
Setelah matang saya kawinkan bunganya 
Anggaran kuntum pada waktu itu adalah Lima Kuntum
Yang berjaya jadi buah adalah Tiga Biji sahaja



Sempat juga sebahagian kecilnya di berikan pada jiran sebelah ...Kak Umi
Tak lupa juga pada Acik Minahkajam
Dan Acik Anummimi


Labu musim kedua telah selamat di makan

Kesihatan Pokok Cili


Bagi tujuan Kesihatan pokok cili
Saya disyorkan supa menggunakan Amino 18
dan Supra Calbo

Pokok cili besar yang saya tanam. dari kecil hingga matang pokoknya ,
Seperti manusia pokok juga harus di berikan antibodi agar kuat menahan dari serangan penyakit
Bagi yang mampu apa salahnya
RM.25
dan RM27
Termasuk GST...
Datng ke kedai ambil bayar dan balik lepastu campur kan ikut sukatan yang telah di tetapkan

Itulah harga di tahun 2018 ini yang saya perolehi di kedai pertanian yang berhampiran

Baja


Inilah Baja yang saya gunakan dari awal ....
Satu set hanya RM 15 pada tahun 2018 ini
Penggunaan hendaklah mengikut sukatan yang di jadualkan
Ini adalah bagi peringkat penyemaian....bila sudah besar atau  benih cili sudah mencapai sebulan
Adalah di galakkan untuk membeli baja A dan B berkapasiti besar
Satu set pada tahun ini adalah RM 140.00 termasuk GST

Kita bancuh sendiri mengikut kapasiti air dan baja yang telah di tetapkan
mudah tak susah

Sihat dan Menghijau daunnya

Alahmdulillah segar dan menghijau daunnya


Angin juga perlu dalam proses mengeringkan sabut di dalam polibag



Pokok Cili Kulai - Cili Besar


Pokok cili kulai yang tunggu masak buahnya pada hujung april 2018  ini
Seronok tengok ianya dapat membesar dengan jayanya
Alahamdulillah


Pokok cili di siram lima kali sehari
Last pada malam tengah malam dengan air baja


Geram tak tengok cili yang panjang ini

Barangan Paiping Untuk sistem Fertigasi


Control Box.. untuk sistem elektrik menjana pump air dalam sistem fertigasi, Jika tiada pun tak mengapa bukalnah menjadi salah satu keperluan. kena ukur ikut kemampuan, Wiring hendaklah diberikan kepada mereka yang pakar dalam hal berkaitan.
Jika buat sendiri mungkin ada litar pintas atau ada sesuatu yang kurang elok akan berlaku


Dalam bab elektik ini saya menekan agar ...UTAMAKAN KESELAMATAN...
DUIT BOLEH DI CARI TETAPI NYAWA TIADA NILAINYA...HANYA ADA SATU SAHAJA
Pelampumg dua biji  telah pun saya beli terlebih dahulu, sebab saya menggunakan dua tangki air, jadi dua buah pemapung yang baik kualitinya saya beli


beli barangan paiping untuk yang asas sahaja. ratusan ringgit di tahun 2018 ini. Belum upah pasang bahan yang kita cari.
Bil pembelian saya sertakan dalam blog ini bagi tujuan rujukkan saya di masa yang akan datang.
Mungkin ada yang boleh mendapatkan barangan seperti dalam gambar itu dengan harga yang lebih murah lagi. Tetapi saya dah cuba sedaya upaya saya mencari dan membuat tinjauan  harga di kawasan sekitar saya.
Inilah tempat yang paling murah saya dapat,



Saya menggunakan batang paip P.V.C untuk paipping di tangki saya, atas nasihat pakar, bagi  saya menggunakan poli hitam lagi jimat dan mengguntungkan anggaran dalam kiraan saya adalah separuh dari harga batang paip P>V>C jimat  betul betul jimat, dinasihatkan bagi pembaca yang ingin membuat sistem fertigasi ini agar menggunakan poli hitam sahaja


Kecil kecil cili padi

           Sebelum saya bergerak secara serius dalam dua penanaman cili , saya telah menanam cili kecil,secara kecil-kecilan di dalam pasu dan polibag, medium yang saya gunakan adalah medium tanah sepenuhnya..
Alahamdulillah...taklah banyak sangat hingga berpuluh kilo,
Nawaitu saya tanam cili adalah untuk di makan oleh adik beradik di

Tapak kaki Tangki Air


Besi di besi dan di potong menggikut ukuran tangki
Welding pun dengan potongan asas sahaja ,tak payah untuk berseni dan ber-engle tirus
Jimatkan masa sedikit
Berserabut kawasan halaman

Semaian pokok cili besar



            Menyemai benih pokok cili besar , sebelum ini saya hanya semai di tanah biasa , maksud saya di sini tanah gambut saya campurka sedikit dengan tanah bakar dan sedikit tanah merah, Saya gaulkan hingga rata,
Kemudian saya letakkan tanah ke dalam pasu yang bersaiz sederhana. Biji benih yang saya perolehi daripada cili yang sudah masak atau yang merah menyala,menandakan benih cili sudah matang ataupun sudah tua.

Benih cili burung, benih dari buah cili yang sudah tua atau sudah matang saya semai .Penyemaian tidak mengikut S.O.P yang di gariskan. Satu lubang banyak pokok, ini menyukarkan bila proses pengalihan benih ke polibag

            Berbeza pada kali ini saya menggunakan kotak semain yang bersaiz lubangnya agak besar, tujuan lubang besar adalah mudah untuk kita mengasingkan dari kotak semaina ke dalam poli bag, ada yang bersaiz kecil tetapi saya di nasihatkan agar memilih yang besar,

        Media semaian untuk kali ini adalah petmos ,maaf jika tersalah ejaan, Petmos di letakkan ke dalam kotak semain pada separuh bahagian lubang, siram dengan air dengan semburan kembang agar petmos di dalam kotak semain tidak bertaburan keluar, letakkan biji benih sebiji hanya untuk satu lubang di bahagian tengah, sembur sekali lagi, setelah itu taburkan petmos lagi bagi menutupi biji benih cili besar, sembur sekali lagi


Tangki Dan Bumbung

Alhamdulillah ...tangki dan bumbung telah siap di bina syukur


Dua tong tangki air hitam berkapasiti 600 gln saya gunakan bagi tujuan sistem fertigasi yang akan saya jalankan. Moga berjaya amin...

Fertigasi Cili Besar

Ramai yang telah kecundang dan ramai juga yang telah berjaya dalam bidang pertanian yang mereka ceburi.
Masing-masing ada rezeki tersendiri berdasarkan apa yang mereka usahakan ,berkat doa usaha dan tawakal pasti ada hasilnya,
Dalam bidang pertanian...semakin luas kawasan yang di usahakan semakin tinggi hasil pulangannya,
Tetapi jangan di lupa besarlah modalnya juga
Ukur baju di badan sendiri. Memulakan sesuatu atas kemampuan yang ada,Itulah saya.

Kawasan  kanan halaman rumah yang di cadangkan bagi projek tanaman cili fertigasi.
Sebelum ini kawasan tersebut hanya di tumbuhi pokok rumput padang dan memerlukan penjagaan yang agak kerap,lewat dua minggu tidak di potong rumputnya separas lutut.
Gambar di atas menunjukkan kerja-kerja membuat tiang bumbung untuk tangki air bagi sistem fertigasi,
Bumbung yang lama atau atap yang lama sudah reput atau lapuk di makan usia harus di gantikan dengan yang baru

Sedikit sedikit saya membeli barangan untuk tujuan penanaman cili secara fertigasi ini.dua buah tong biru bagi tujuan pembajaan dan dua buah tong hitam bagi tujuan penyiraman air untuk sistem fertigasi.
Tong besar tangki air RM700 dua buah Tong biru RM100.



Bukan mudah untuk senang , berbekalkan pengalaman yang kurang dan tiada kursus yang di ikuti,
Hanya berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang pertanian, semangat dan sedikit ilmu yang di perolehi dari alam maya , sahabat handai yang pernah berjaya dan gagal dalam sistem fertigasi ini...membuatkan saya ingin memcuba dengan usaha saya sendiri

Tapak untuk Tangki Penyiraman Pokok Cili Besar

Tapak untuk tangki penyiraman pokok cili besar, kalau nak diikutkan nak di letakkan sahaja di atas tanah,
Aats nasihat pakar dalam bidang paipping , di nasihatkan suapay tangki hendaklah berada di atas , maksudnya keadaan tangki hendaklah berada lebih tinggi daripada pum yang kita gunakan , ini adalah asas bagi sistem pump. Bukanlah banyak pokok cili besar yang hendak di tanam, tetapi untuk jangka masa panjang seandainya kita hendak menambah bilangan poli bang cili kita, kerja kerja  pada bahagian penyiraman ...maksudnya paipping sudah sempurna

jejaring besi di gunakan sebagai bin atau tulang di dalam tapak untuk tangki air di tempatkan

Kerja-kerja membersihkan kawasan

Bukannya luas tanah berhektar-hektar. hanya sekangkang kera kata pepatah,tetapi sikit sikit lama-lama menjadi bukit, ada usaha, ada hasilnya walau hanya seciput alhamdulillah....ada hikmahnya

Pokok buluh yang selama ini tumbuh dua rumpun terpaksa di hapuskan bagi proses meratakan kawasan untuk tujuan penanaman cili besar.
Kawasan di sekeliling pokok buluh adalah rumput padang, setia seminggu ianya memerlukan penjagaan dari segi pemotongan dan sapu, Anggaran kos tak mahal untuk menyelenggarakan rumput tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hasil Cili Musim Pertama

Hasil MusimPertama Alhamdulillah

Fertigasi Cili Besar