Di berikan peluang untuk memanjangkan urusan dunia ini demi mencapai keredhaan Allah s.w.t
Semaian cili merah buat kali kedua , untuk
musin kedua..
Cili merah yang baik benihnya saya gunakan , kali ini berbeza dengan cili kulai yang saya tanam sebelum ini, Catatan yang saya abadikan buat rujukkan saya dan semua sahabat saya yang sealiran dalam bidang pertanian , khususnya dalam penanaman cili merah yang di katakan agak mencabar minda dan fizikal secara amnya
Petang tadi...Alhamdulillah di izinkan Oleh ALLAH untuk saya menyiapkan kotak semain bagi tujuan semaian cili merah saya yang akan datang.....cili merah musin yang kedua
Sabut yang telah ada di dalam polibag saya gunakan semula
Saya masukkan sabut yang telah saya guna pakai untuk tujuan semaian cili merah ini.
Saya masukkan hanya sebahagian sahaja , maksud saya saya hanya isi separuh sahaja
ke dalam kotak semaian
Kotak semaian yang saya gunakan adalah jenis yang besar
Sabut yang telah siap saya biarkan dahulu sebelum saya masukkan biji benih
Saya biarkan sabut berhujan dan berpanas hingga sebati
Maksud saya biarkan dahulu sabut berada di dalam lotak semaian untuk beberapa minggu
Saya letakkan di tempat yang terbuka.
Tujuh try dapat saya sediakan
Setiap petang hujan dah tujuh hari berturut turut di kawasan ini. Moga di permudahkan segala urusan..
ReplyDeletealhamdulillah syukur......amin amin moga musim kedua kejayaan menanti...amin amin yarobbalalamin
Delete